langue fr Malaysia Airlines - 11/05/2020

Ziarah Haramain bersama Aaron Aziz dan keluarga: Episod 1

Ziarah Haramain merupakan siri yang mempersembahkan pengembaraan tetamu Allah dibumi Mekah dan Madinah.

Segmen kali ini menampilkan selebriti terkenal tanahair, Aaron Aziz dan keluarganya menerusi 3 episod. Episod pertama Travelog Ziarah Haramain ini membawakan persiapan Aaron Aziz sekeluarga sebelum berangkat ke tanah suci bermula daripada pemeriksaan kesihatan sehingga kursus persediaan umrah bersama pihak ejen Umrah.

Saksikan episod-episod seterusnya yang bakal menyingkap detik perjalanan mereka bersama AMAL by Malaysia Airlines bersama rakan-rakan kolaborasi ke Mekah dan Madinah.